Saturday, September 6, 2008

Program "Nafas Baru Bermula Ramadhan"

Tarikh : 5 September 2008 (Jumaat)
Masa : 6 petang - 8 malam
Tempat : Dewan Titiwangsa, Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan
Dengan kerjasama : Jabatan Kesihatan DBKL, Jabatan Belia dan Sukan Kawasan Cheras serta turut dibantu oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Kobena telah menghantar seramai 20 peserta untuk menyertai program tersebut. Program telah dimulakan pada pukul 6 petang, bagaimanapun hujan yang lebat telah menyebabkan ramai yang tiba agak lewat.

Sambutan yang diterima agak meriah dan seramai 180 orang telah meluangkan masa untuk menyertai program ini. Program dimulakan dengan taklimat bertajuk ‘Nafas Baru Bermula Ramadhan’yang diberi oleh wakil Jabatan Kesihatan DBKL dan diteruskan dengan Taklimat program/Klinik Berhenti Merokok – wakil Jabatan Kesihatan WPKL. ‘Kit Berhenti Merokok’ kemudiannya disampaikan kepada kepada 50 orang belia (perokok) yang berhasrat untuk berhenti merokok. Majlis kemudiannya diteruskan dengan berbuka puasa.

Sayangnya, makanan yang diperuntukkan untuk 200 orang peserta tidak dapat menampung 180 orang pesera yang hadir. Namun demikian, pihak Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang timbul dan akan berusaha mengatasinya dimasa akan datang.

Yang nyata, Belia 4B Cawangan Taman Kobena akan meneruskan program-program yang seumpamanya untuk ahli-ahli belia 4B Taman Kobena. Antara yang dicadangkan buat masa ini oleh ahli-ahli ialah "Kempen Cintai Sungai Kita dan Berkelah di Lembah Ponsoon", Majlis Hari Raya dan lain-lain lagi.

No comments: