Friday, March 20, 2009

AKADEMI FUTSAL 4B (AF4B)

Program berbentuk promosi kesihatan yang dinamakan Akademi Futsal 4B (AF4B) telah dijalankan dengan jayanya bermula 1 Nov 2008 sehingga 15 Februari 2009. Program bersama Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia (LPKM) ini telah berjaya mengumpulkan seramai 144 orang peserta yang berminat di dalam sukan futsal.
Pada awalnya, Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Kobena telah menghantar sebanyak 2 pasukan (1 pasukan lelaki yang diketuai oleh Sdra. Fazly Abd. Ghani, dan 1 pasukan wanita yang diketuai oleh Sdri. Suzana Jaafar), walaubagaimanapun, diatas keperluan AF4B pada masa itu yang ingin melahirkan pemain terbaik dalam sukan futsal maka pasukan-pasukan ini telah dipecahkan. Lanjutan daripada ini, pasukan wanita telah menarik diri dan pasukan lelaki hanya berjaya mengekalkan 2 orang peserta iaitu Sdra. Fazly dan Sdra. Azhar sehingga ke peringkat pertengahan AF4B.
Pelbagai halangan telah ditempuhi oleh JK Pelaksana AF4B dalam menjayakan program ini sehingga ke akhirnya. Sehinggalah selepas beberapa sesi perlawanan persahabatan di Ampang Sport Planet dan Gelanggang DBKL Taman Segar, satu konsep Liga telah diperkenalkan. Dengan idea ini, pelbagai rombakan telah dijalankan dan bentuk promosi diubah seperti promosi secara besar-besaran di GoFutsal.com, penghantaran sms kepada peminat sukan futsal, perlawaan semula penyertaan kepada cawangan dalam bentuk pasukan, mendapatkan kerjasama fasilitator dari Prostar DBKL dan memperkenalkan sistem kiraan mata berdasarkan disiplin. Selain daripada itu, AF4B membuat kajian yang terperinci dan mendapati penyusunan jadual yang sistematik adalah amat penting dalam memastikan kejayaan program ini.
Alhamdulillah, dengan kerja keras dari kebanyakan JK AF4B dan kesemua jurulatih futsal yang berpengalaman (Coach Nazim, Qusmaini & Asrizal), program ini akhirnya berjaya tiba juga ke penghujung dengan jayanya. Diharapkan segala pengalaman yang diperolehi sepanjang program ini berlangsung dapat dijadikan pengajaran dan pelajaran berguna terutamanya kepada Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Kobena dalam menjalankan program-program yang lain di masa akan datang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada ahli-ahli dan Exco GB4B Cawangan Taman Kobena yang telah membantu dan memberikan sokongan sepanjang program ini berlangsung.

Setiausaha/Bendahari Program AF4B
merangkap Pengerusi 4B Cawangan Taman Kobena