Monday, September 22, 2008

KURSUS MEMBINA BLOG ANJURAN 4B KAWASAN CHERAS

TARIKH: 21 - 09- 2008
MASA: 9.00 - 5.00 PETANG
TEMPAT: KOMPLEKS SUKAN BUKIT KIARA
SESI 1: MEREKACIPTA EMAIL CAWANGAN & MEMBINA BLOG PERIBADI
SESI 2: MENERIMA-GUNA BLOG CAWANGAN



Apa yg menarik tentang kursus ni? Kenapa semua Ketua Cwgn di"paksa" oleh Pengerusi Kawasan utk hadir? Satu hari suntuk pulak tue.. Dengan posa lg, penat lagi, mengantuk pun ada.. Jom kita tinjau-tinjau suasana pada hari berkenaan:


Gambar 1: Cikgu Faizul yg giler mengancam. Takut seh, pengerusi kena bayar lebih nie. Siap blazer tu.

Gambar 2 : Ketua Cwgn Kobena - Cik Zuliatini sebagai pengajar sesi kedua : yg lebih menitik beratkan "keselamatan dan kesahihan" blog.
Gambar 3: Khairul, anak murid kesayangan Cikgu Faizul.. rasanya la. Datang lambat, pukul 11pg. Lenggang kangkung Cik Midah kita.

Gambar 4: Orang "gunung" Taman Segar. Cukup bersemangat buat blog - manakan tidak, bising tak sabar-sabar spy dipendekkan waktu rehat. Nak sambung buat blog. Tahniah! memang ini yang diharapkan oleh penganjur.
Gambar 5: Pemantauan dan latihan berkumpulan. Masing-masing yang pening sebab kena create anak-anak blog dan yang nyata, dah bersepah-sepah blognya. Ada yg siap lupa nama blog sendiri lagik..

Gambar lain "on the way". Courtesy dari Faizul, dan Pengerusi di blognya. Sorry, kitorang curik kat Blog Kawasan.

Saturday, September 6, 2008

Program "Nafas Baru Bermula Ramadhan"

Tarikh : 5 September 2008 (Jumaat)
Masa : 6 petang - 8 malam
Tempat : Dewan Titiwangsa, Kompleks Belia dan Sukan Kampung Pandan
Dengan kerjasama : Jabatan Kesihatan DBKL, Jabatan Belia dan Sukan Kawasan Cheras serta turut dibantu oleh Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.


Gerakan Belia 4B Cawangan Taman Kobena telah menghantar seramai 20 peserta untuk menyertai program tersebut. Program telah dimulakan pada pukul 6 petang, bagaimanapun hujan yang lebat telah menyebabkan ramai yang tiba agak lewat.

Sambutan yang diterima agak meriah dan seramai 180 orang telah meluangkan masa untuk menyertai program ini. Program dimulakan dengan taklimat bertajuk ‘Nafas Baru Bermula Ramadhan’yang diberi oleh wakil Jabatan Kesihatan DBKL dan diteruskan dengan Taklimat program/Klinik Berhenti Merokok – wakil Jabatan Kesihatan WPKL. ‘Kit Berhenti Merokok’ kemudiannya disampaikan kepada kepada 50 orang belia (perokok) yang berhasrat untuk berhenti merokok. Majlis kemudiannya diteruskan dengan berbuka puasa.

Sayangnya, makanan yang diperuntukkan untuk 200 orang peserta tidak dapat menampung 180 orang pesera yang hadir. Namun demikian, pihak Gerakan Belia 4B Kawasan Cheras telah mengenalpasti kelemahan-kelemahan yang timbul dan akan berusaha mengatasinya dimasa akan datang.

Yang nyata, Belia 4B Cawangan Taman Kobena akan meneruskan program-program yang seumpamanya untuk ahli-ahli belia 4B Taman Kobena. Antara yang dicadangkan buat masa ini oleh ahli-ahli ialah "Kempen Cintai Sungai Kita dan Berkelah di Lembah Ponsoon", Majlis Hari Raya dan lain-lain lagi.